Jaringan sosial. Ada baik ada BURUKnya.

/ 14.4.13 /
Apabila penjenayah bijak menggunakan aplikasi web jaringan sosial seperti facebook, twitter, instagram dan seangkatan dengannya.

Kadang salah manusia sendiri yang suka kongsi kisah hidup mereka, aktiviti harian mereka di aplikasi jaringan sosial lalu mendedahkan keberadaan mereka di sesuatu kawasan, lalu penjenayah bijak gunakan peluang yang terhidang.

Juga ingin saya sentuh mengenai pakaian yang dipakai. Semestinya faktor penjenayah bertindak adalah kerana ransangan yang dilakukan oleh mangsa seperti berpakaian seksi, beraksi ghairah ketika mengambil gambar dan pendedahan aurat yang mengiurkan penjenayah. Penjenayah sememangnya tidak lagi memikirkan dosa pahala, syurga neraka, juga hukuman Tuhan pada mereka.

Yang mereka fikir dan lebih utamakan adalah tututan nafsu mereka mesti dilayan sepuasnya. Maka kita yang punya kebarangkalian menjadi mangsa inilah yang mesti bertindak bijak melindungi diri dan keluarga.

Juga masyarakat perlu mengamalkan sikap "jaga tepi kain" yang kadang kala mampu menyelamatkan orang sekeliling walaupun ia mengjengkelkan org sekeliling. Utamakan yang utama, "jaga tepi kain orang" demi keselamatan manusia sejagat itu perlu dan amat dituntut sebenarnya.

Yang dijaga tepi kain pula jangan mencaci maki kerana ada juga baiknya tepi kain anda dijaga orang. Tapi biasalah yang negatif sering diutama fikirkan oleh kita bergelar manusia.

0 comments:

Post a Comment